BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 1, 2012

Burger Bakar (irralishah style)

Salam semua...


Ini adalah blog ketiga Irra....


Hari ni nak kongsi resepi BURGER BAKAR..!


Nyummmyyy...~


ssluurrppp~


Sekarangkan da kira musim burger bakar ni kan~


So kepada sesiapa yang susah sangat nak jumpa burger bakar,baik la buat sendiri lagi puas...





ni BURGER BAKAR yang Irra buat sendiri...

BURGER BAKAR

Bahan-bahannya:
  • daging kisar (daging ramly kisar pun boleh)
  • bawang merah (dicincang)*
  • bawang putih (dicincang)*
  • oregano (takde pun takpe)*
  • serbuk perasa (Irra guna SESEDAP RASA)*
  • garam*
  • sebiji telur
  • sos worcestershire (kalo takde letak sos tiram sikit)
  • serbuk cili (kalau yang suka pedas)*
  • lada hitam*
  • mustard (tak nak letak pun takpe)*
  • minyak (irra tak guna kan minyak)
Bahan lain:
  • roti burger
  • daun salad (Irra guna butterhead)
  • timun 
  • tomato
  • sos kegemaran
  • cheese (Irra guna cheddar)
Cara-cara:
  • keluarkan daging dahulu biarkan daging tu lembut (senang nak gaul bahan-bahan lain).
  • lembutkan daging kisar tersebut da masuk bahan-bahan yang Irra tandakan (*).
  • gaul sekata, baru masuk kan telur (kalau adunan daging terlalu lembab masukkan sedikit tepun,sedikit sahaja tau)
  • kemudian kepal-kepal kan adunan daging tersebut.
  • panggang menggunakan grill pan (Irra gunakan DOUBLE GRILL PAN AVON, kerja jadi lebih mudah,tak payah guna minyak)
  • setelah daging yang dibakar da masak, panggang roti burger.
  • susun daging,salad,timun,tomato,sos, cheese mengikut citarasa.

Da siap!

Boleh la makan..
Hehe!!

Ini la Double Grill Pan Avon yang memudahkan kerja Irra


PS: Burger bakar ni tak boleh makan selalu... Kolestrol tinggi tau!