BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 1, 2012

Grill Beef Salad (lite munch)

Salam semua~

Wooo~
Lamanya tak update blog~

kebelakangan ni Irra sibuk, terpaksa pergi kursus yang dikelolai Majlis (tempat kerja irra)~

Ok!

Hari ni Irra nak share resepi yang cukup simple...

Ni kiranya LITE MUNCH..

tadaa~




Gambar diatas ni la lite munch Irra..
(sebab tengah mode on diet~)

Kenapa lite munch Irra guna daging?
Salah satu sebabnya ialah~
kat rumah banyak sangat daging korban~
haha!
daging pun salah satu sumber protein yang diperlukan badan..

ok~
meh sini baca resepi nya~

Grill Beef Salad (lite munch)

Bahan-bahan:
 - Daging lembu (bahagian lean, di ketuk macam buat daging salai)
 - Kicap manis *
 - Halia (cincang halus)*
 - Bawang putih (cincang halus)*
  - Serbuk cili*
 - Asam jawa (paste)*
 - Garam*
 - Perasa ( irra guna sesedap rasa knoor)*
(tumbuk kasar)

 - ketumbar* 
 - jintan putih*
 - jintan hitam*


Bahan-bahan lain:
 - Daun salad ( irra suka guna kan butterhead)
 - Italian dressing

(resepi ni Irra buat memang tak menggunakan sukatan ye~ ikut suka hati)

Cara-cara:


  1.  Satukan ke semua bahan (*) sampai jadi paste. 
  2. Daging yang da diketuk tu letak dalam pinggan.
  3. Sapukan bahan paste ke atas daging. Sapu sampai sekata.
  4. Perap selama 4jam dalam peti sejuk (masuk dalam bekas makan @ plastik ziplock)
  5. Selepas 4jam daging diperap, daging tadi boleh lah di grill samada menggunakan grill pan @ bbq grill (irra gunakan oven je, sebab kemalasan nak balik-balikkan daging)
  6. Setelah daging masak, biarkan daging yang masak itu direhatkan.
  7. Potong daging mengikut bite size.
  8. Sediakan salad.
  9. Cara makan. Ambil sehelai salad, sedikit daging yang dipotong, letakkan diatas salad dan gulungkan. Salad boleh dicicah bersama dressing @ sos kesukaan~ 


 Ini lah cara nak makan salad ni (wraps)

Selamat mencuba~


PS: Resepi ini tidak menggunakan minyak~

0 comments: